Friday, May 17, 2019

TOPIK 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Bab 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

1.      PENDAHULUAN

Menurut Noradanisha (2012) secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagaisatu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Ini bermakna sesuatutugas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pengurusan. Kerana pengurusanmerupakan satu seni atau budaya yang tersususn dalam melaksnakan bidang tugasindividu sesbuah organisasi.
Menurut Kolaborasi Ilmu (2012) pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepadarangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Pembelajaran ialahsuatu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku.Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikapdan nilai yang baru.
Pengurusan alam pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalammemastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berlaku dengan berkesan dan berkualiti berdasarkan masa yang ditetapkan.

2.      ISI PENTING
Ciri-ciri guru dalam menguruskan pembelajaran di bilik darjah memainkan peranan penting supaya matlamat pembinaan modal insan berkualiti dapat dicapai. Antara ciri-ciri tersebut ialah:-
·         Berkebolehan dalam memahami pengajaran
·         Bijak dalam menentukan Kesesuaian Aras Pengajaran
·         Kaya ilmu pengetahuan
·         Mempunyai kemahiran mengikut perkembangan semasa
·         Kaedah pengurusan alam pembelajaran yang berkesan
·         Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
v  Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis, iaitu strategi pemusatan kepada guru, murid, atau bahan.
v  Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung kepada situasi  pelajar sama ada berada pada tahap awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah atau menengah dan gaya pembelajaran mereka.
v  Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.

·         Mempelbagaikan kaedah pengajaran
v  Antara kaedah pengajaran yang biasa diamalkan adalah seperti kaedah kumpulan, koperatif, inkuiri, perbincangan, sosiodrama, kuliah,  perbincangan dan sebagainya.
v  Guru perlu mendalami pelbagai kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajaran.
v  Walaupon guru tidak dapat memenuhi kehendak semua pelajar, namun dengan mempelbagaikan kaedah mengajar, guru akan dapat mengurangkan kebosanan pelajar.

·         Merancang variasi penyampaian

v  Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid.
v  Guru sewajarnya menggunakan semua pancaindera seperti bertepuk tangan, fokus pandangan, gerak kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai.
v  Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan, ia mampu menarik perhatian pelajar-pelajar daripada kebosanan mempelajari mata  pelajaran tersebut

Peranan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran
v  Keupayaan kognitif harus diperkaya melalui pelbagai teknik pengajaran.
v  Fungsi kognitif seperti persepsi, memori bahasa dan pemikiran berkomunikasi, penaakulan, membuat keputusan dan aspekkecerdasan, emosi dan kesedaran adalah antara topik yang menyentuh pembelajaran.
v  Sekiranya guru memahami dan mengaplikasikan proses kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran, maka pelajar dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran.
v  Beberapa komponen telah dikenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu motivasi guru, ilmu pengetahuan subjek yangdiajar, kesediaan pelajar dari segi mental dan sosioemosi serta bahan bantu mengajar yang berkesan.

RUMUSAN
Setelah mempelajari tajuk ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa alam pembelajaran merupakan alam yang membantu seseorang mengenal erti kehidupanserta mengenal pasti baik dan buruk sesuatu perkara. Setiap manusia perlu mengalami proses pembelajaran yang sempurna bermula umur lima tahun dan seterusnya.
Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan kepada para guru supayaminat pelajar dapat dipupuk dan sekaligus meningkatkan prestasi pelajar-pelajartersebut.Justeru tugas guru sebagai seorang pengurus di dalam kelas adalah sangat penting. Hal ini kerana, kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurusakan dapat mewujudkan suasana yang kondusif, disiplin kelas juga dalam keadaanyang baik dan keadaan bilik darjah yang selesa. Pengurusan alam pembelajaran yang baik dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa yang sekaligus dapatmeningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

RUJUKAN
 NORFAZILA BINTI ABDUL MALIK(2013),
PENERAPAN CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA LATIHAN MENGAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA UTHM,
 RAEDAH BINTI MD AMIN (2013),
PENGURUSAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON BANDAR DAERAH KOTATINGGI 
, Universiti TeknologiMalaysia.http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdfSuppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Syukor, Ramlah Jantan,Rosinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2012),
PEMBELAJARAN dan PERKEMBANGANPELAJAR
, Herald Printing Sdn. Bhd, Selangor.





TOPIK 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



Pendahuluan : Sekolah didefinisikan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan manakala persekitaran membawa maksud kawasan di sesuatu tempat. Oleh itu, persekitaran sekolah bermaksud kawasan disekeliling sesuatu tempat di mana masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.


Rumusan : Hubungan yang terjalin di antara sekolah dengan masyarakat, ibu bapa dan guru sesungguhnya dapat memberikan manfaat kepada sekolah itu sendiri. Kewujudan hubungan ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik di antara setiap individu untuk kebaikan bersama. 

                       Selain itu bab ini juga akan berkaitan dengan hubungan sekolah dengan masyarakat, guru dan ibu bapa, serta isu-isu pendidikan semasa, pendidikan dan globallisasi. Bab ini juga akan melakukan perbincangan, pengetahuan dan dapat mengaitkan hubungan sekolah dengan masyarakat, isu pendidikan semasa dan mengaitkan pendidikan globalisasi.
                     Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekolah juga merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu).
                       Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran sekolah merupakan kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK).
                       Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dengan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru ialah bersemangat dan selesa ketika bertugas. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Contohnya, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
Pendek kata, pengurusan sekolah dan persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar. Hal ini kerana pengurusan sekolah yang baik akan melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
                  Sebagai contoh, pengurusan sekolah seperti hubungan antara guru dan PIBG, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga suasana persekitaran sekolah yang selesa dan mesra boleh memberikan perubahan yang lebih baik kepada sekolah. Pengurusan sekolah dan persekitaran yang baik sebenarnya dapat memberikan peluang dan ruang kepada para pelajar untuk menuntut ilmu dengan selesa. Oleh itu, pengurusan sekolah dan persekitaran dianggap sebagai agen perubahan sosiolisasi dan budaya ilmu pelajar.









BAHAN RUJUKAN

1.    Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
  














TOPIK 12 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN

Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah ynag diambil untuk memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU). Maka program-program pendidikan yang digunakan merupkan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial bagi individu-individu yang berkeperliuan khas.


KONSEP PEMULIHAN
Konsep ini mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak kronik”. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan pelajar lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Hal ini mewujudkan program pemulihan di mana ianya merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Maka guru berperanan menggunkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid serta membentuk personaliti yang baik dalam diri setiap orang murid.




CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN

v  Rendah Diri
v  Pasif
v  Menggangu Rakan
v  Kerap Tidak Hadir Sekolah
v  Lemah Pemahaman
v  Malas
v  Cepat Bosan.


KONSEP PENGAYAAN

Pengayaan didefinasikan dengan memberi aktiviti kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Konsep pengayaan melibatkan murid-murid yang pencapaian melebihi sederhana dalam menguasai kemahiran asas. Hal ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas di dalam atau luar kelas yang bercorakkan belajar sendiri dan memerlukan bimbingan guru pada tahap minima. Ini kerana membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehanmereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membanu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat.


JENIS PENGAYAAN

MENDATAR
MENEGAK
Aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan
Akrtiviti berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.






BEKEPERLUAN KHAS
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kumpulan murid berkeperluan khas ini sudah pasti mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran ini memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang biasa.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajarandan pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah didalam kelas. Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai,golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.Saranan KPM kepada guru untuk melaksanakan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang memberi kesan positif kepada murid yang cenderung dalam ketegori pelbagai upaya ini. Natijahnya, setiap murid memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri. Adalah penting bagi seseorang guru untuk memahami perkara tersebut dan berkeupayaanuntuk mempelbagaikan pendekatan yang berbeza untuk menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran secara holistik menerusi PelanPembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini selari dengan salah satu aspirasiTransformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memacu negara pada masa hadapan.


RUJUKAN

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

.








TOPIK 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pengenalan

Budaya didefiniskan ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia dari persekitaran sosialnya (Amir 2002). Selain itu, budaya juga ialah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperoleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871). budaya juga proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990). Manakala Pelbagai Budaya didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku uang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan meghargai perbezaan sosiobudaya dan menggalakkkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.


KESEDARAN PELBAGAI BUDAYA PADA GURU

Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama.
v  Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan ini, guru mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuandan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah.

Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi kefahaman konsep.

v  Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri dari pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Guru perlu menggalalkkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan komunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lahi pertuturan mereka.

Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain

v  Pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlu wujud bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Aktiviti perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidang langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan.

Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

v  Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar.

Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah

v  Perancangan pengajaran dam pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan agar dapat megelakkan prejedis antara murid yang berbeza budaya.

KESIMPULAN

Kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar darimasyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Dengan ini, hubungan yang lebih harmoni dapat diwujudkan semasa berinteraksi. Strategi ini seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya yang ada di negara ini supaya mtlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam masyarakatnya serta terdapat pula persamaan-persamaan dalam budaya berbagai dapat dicapai. Di samping itu, dapat meningkatkan interaksi budaya di dalam bilik darjah dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

RUJUKAN






TOPIK 10 PENGURUSAN PENASIHAT MURID



1.      PENDAHULUAN

Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Dapat didefinisikan pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner, pengurusan ialah satu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Penasihatan pula mengikut kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, menyusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Zuraidah (1994), nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini meruppakan cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Murid pula mengikut kamus Dewan Edisi Empat, merujuk kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.

2.      ISI PENTING

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik pengurusan penasihatan murid ini ialah berkaitan bimbingan, mentoring dan penasihatan. Di dalam topik ini, bimbingan dapat dipecahkan kepada konsep dan ciri-ciri. Konsep bimbingan ialah diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

Menurut Crow & Crow 1960, Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Ciri-ciri bimbingan pula ialah, pertama bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang dan bukanlah kegiatan yang dilakukan secara tidak sengaja malah ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Seterusnya, merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Selain itu, bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Akhir sekali, bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.





Seterusnya, penasihatan juga mempunyai konsep dan ciri-ciri di dalam pengurusan penasihatan murid. Konsep penasihatan menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut Kamus Dewan pula, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Ciri-ciri penasihatan ialah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Selain itu, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Seterusnya, memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang dikenali sabagi proses bimbingan dan nasihat. Terdapat 5 fasa didal proses tersebut dimana fasa pertama dikenali sebagai fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Fasa ke 2 pula berkaitan, menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.



Fasa 3 pula merupakan proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Fasa 4, proses membimbing pelajar yang secara khususnya pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Fasa terakhir ialah analisis penilaian, fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.

Akhir sekali, mentoring mempunyai konsep, ciri-ciri dan proses di dalam pengurusan penasihatan murid. Konsep mentoring ialah, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut Fletcher(2000), Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan. Ciri-ciri mentoring ialah, mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak. Terdapat 4 proses iaitu yang pertama menjalin hubungan. Masa diberikan untuk mengenali di antara satu sama lain supaya timbul rasa saling percaya. Kedua proses merundigkan perjanjian, wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Seterusnya, perkembangan profesional mantee yang mana merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Akhir sekali, menamatkan perhubungan. Apabila proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan.

3.      RUMUSAN

Bimbingan, penasihhatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik fan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.

4.      RUJUKAN

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995