1. PENDAHULUAN
Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhannya memberi tumpuan
kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama
iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Dapat didefinisikan pengurusan
bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan
kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai
objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner, pengurusan ialah satu proses
untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota
organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan. Penasihatan pula mengikut kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai
ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, menyusulkan, mengesyorkan ataupun
menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Zuraidah (1994),
nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan
perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini meruppakan cara yang mudah untuk
mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang
dihadapi. Murid pula mengikut kamus Dewan Edisi Empat, merujuk kepada anak
orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.
2. ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik pengurusan
penasihatan murid ini ialah berkaitan bimbingan, mentoring dan penasihatan. Di
dalam topik ini, bimbingan dapat dipecahkan kepada konsep dan ciri-ciri. Konsep
bimbingan ialah diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian
yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan
perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk
mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.
Menurut Crow & Crow 1960, Bantuan seseorang yang memiliki peribadi
dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat
usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat
pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Ciri-ciri bimbingan pula
ialah, pertama bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang dan bukanlah
kegiatan yang dilakukan secara tidak sengaja malah ia adalah satu kegiatan yang
tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Seterusnya,
merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Selain itu, bimbingan tidak
memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau
menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Akhir sekali, bimbingan
yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan
permasalahan yang dihadapinya.
Seterusnya, penasihatan juga mempunyai konsep dan ciri-ciri di dalam
pengurusan penasihatan murid. Konsep penasihatan menurut Zuraidah (1994),
memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan
individu yang terlibat. Menurut Kamus Dewan pula, nasihat ialah ajaran,
petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan
kepada seseorang tentang pelbagai hal. Ciri-ciri penasihatan ialah berfokus
kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang
bermasalah. Selain itu, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang
yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini
adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan
pengiktirafan. Seterusnya, memberi nasihat adalah strategi yang paling
cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang
dikenali sabagi proses bimbingan dan nasihat. Terdapat 5 fasa didal proses
tersebut dimana fasa pertama dikenali sebagai fasa kesedaran guru sebagai
pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah
terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada
guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai
pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Fasa ke 2 pula
berkaitan, menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini,
semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan
penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.
Fasa 3 pula merupakan proses mengenali pelajar. Pada tahap ini,
guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh
mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan.
Fasa 4, proses membimbing pelajar yang secara khususnya pelajar akan dibimbing
melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara
kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Fasa terakhir ialah
analisis penilaian, fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan
penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.
Akhir sekali, mentoring mempunyai konsep, ciri-ciri dan proses di dalam
pengurusan penasihatan murid. Konsep mentoring ialah, mentoring mengambarkan
wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau
sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme
mantee. Menurut Fletcher(2000), Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong
pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih
mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di
samping mengurus dan mengarahkan. Ciri-ciri mentoring ialah, mementingkan
perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, memudahkan
sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, menerima
kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak. Terdapat 4 proses iaitu yang
pertama menjalin hubungan. Masa diberikan untuk mengenali di antara satu sama
lain supaya timbul rasa saling percaya. Kedua proses merundigkan perjanjian,
wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni.
Seterusnya, perkembangan profesional mantee yang mana merupakan langkah utama
mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Akhir sekali,
menamatkan perhubungan. Apabila proses
mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka
yang berkenaan.
3. RUMUSAN
Bimbingan,
penasihhatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang
berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik fan
matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus
diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat
tentang mereka.
4. RUJUKAN
Abdul Malek
Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
Pengurusan
Penasihatan Murid “https://coggle.it/diagram/WB6Ln7yisFhJKti6/t/pengurusan-penasihatan-murid”
No comments:
Post a Comment