BAB 5 Pengurusan Murid
Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. “Pengurusan adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi. “(Michael & Jones 2000) “Pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.” (Snel, Bateman 2000). Suatu proses mendapatkan penyetaan kerjasama dan camputangan ahli untukmencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasukproses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal.
Seterusnya murid atau peserta didik adalah
orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan,
baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga,
sekolah mahupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.
Abu Ahmadi (2003) juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta
didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat
melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai
warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau
individu.
Menurut Jaafar Muhammad (1988), pengurusan merupakan
satu proses pengagihan input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian,
pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan
oleh pelanggan supaya organisasi tercapai.
Peter F. Drucker menyatakan pengurusan sebagai proses sosial yang
dibentuk untuk memberi kerjasama,
penglibatan, campur tangan dan penyertaan org lain ke arah pencapaian yang
lebih berkesan bagi objektif utama.
Antara jenis rekod murid mengandungi rekod
murid menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala
aspek perkembangan potensi seperti Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam
memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka.
Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing. Tambahan pula, jenis rekod murid yang
terdapat ialah antara jenis rekod murid yang digunakan oleh pihak sekolah untuk
mengurus murid iaitu, rekod pendaftaran, rekod kedatangan, rekod prestasi, rekod
profil, rekod kutipan yuran serta rekod himpunan 001 dan 002. Noriati (2009)
mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan
tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam strategi ini, guru
hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan
mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan.
Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir,
menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat,
menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan
murid (Shahabuddin, 2007).
Menurut Brunner (1966) pula menyatakan
bahawa kesediaan murid belajar adalah berkaitan apa jua perkara yang dapat
disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat
perkembangannya. Antara kesediaan adalah seperti berikut. Kesediaan Kognitif. Seseorang pelajar mempunyai kesediaan
kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan
dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian
ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Kesediaan Afektif. Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan,
semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi
intrinsik. Kesediaan Psikomotor. Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal.
Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan
kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta
penyelarasan pengerakkan badan.
Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam
proses pembelajaran yang baru. Kesediaan
psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan
latihan fizikal yang diperlukan.
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang
penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut
akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan
peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan. Tujuan Mengurus Rekod Murid ialah
·
Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
·
Kemaskini profil murid
·
Mengetahui perkembangan akademik, emosi,
sahsiah dan tingkah laku pelajar
·
Meyediakan
maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek
perkembangan potensi (JERI)
·
Sebagai
panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
·
Sebagai
panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment