TAJUK
7: PENGURUSAN SUMBER
7.1 PENGENALAN
Proses mengajar murid
bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber
pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu topik pembelajaran. Sumber
yang ada haruslah dimanfaatkan sepenuhnya agar hasil yang diperoleh adalah
seperti yang diharapkan. Ransangan daripada pelbagai sumber penting bagi
membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa
peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas
proses pembelajaran pelajar. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran yang
berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai, terutamanya yang boleh
dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu.
7.2 ISI
PENTING
Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar
melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering
digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber
Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat sumber
menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan
pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi
yang paling utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang
dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran
dan pembelajaran.
Interaksi yang berlaku di
dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan
murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran
murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan
oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid-murid.
Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi
murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid
belajar untuk kadar masing-masing pada setiap masa dan di tempat pilihan
mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran
termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa
yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran
digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang
boleh membantu dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi
keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah
penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai
sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar.
Strategi pemusatan bahan
terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.
Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model
gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih
adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia,
cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan
persidangan-video. Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya
bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Selain itu, guru perlu
memainkan peranan yang penting bagi menanam minat membaca dalam kalangan murid.
Dengan membaca pelbagai jenis buku, murid akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan
secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang juga boleh
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru
atau murid. Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan
tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu,
pihak guru perlu menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai
seperti mengadakan melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru,
PSS perlu membina koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan
pelbagai bagi menarik minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran
sepanjang hayat.
7.3 RUMUSAN
Kesimpulannya,
sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan
peranan penting dalam aktiviti PdP dengan tujuan memperolehi pengetahuan dan menguasai
kemahiran. Kesemua sumber, jika digunakan dalam proses PdP yang sesuai akan bertindak
sebagai ransangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.
Pembelajaran yang berasaskan sumber juga boleh melibatkan murid secara aktif
dalam sesi pembelajaran berbanding murid yang hanya mendengar jika tiada sumber
digunakan.
RUJUKAN
Addafiey Jamaludeen.
(2015) Pengurusan Sumber: Pusat Sumber. Diperolehi daripada
Ieda Iedah. (2011). PENGURUSAN
SUMBER. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/document/53622580/pengurusan-sumber
.
Irdawati Kamaruzaman.
(2013). Pengurusan Sumber. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/irdawatikamaruzaman/pengurusan-sumber-18409481
.
No comments:
Post a Comment