BAB 6 Pengurusan Bilik Darjah.
Pengurusan biik darjah: proses yang melibatkan
penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi
antara murid. Bilik darjah ialah persekitaran pembelajaran yang merangkumi
aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Bab ini juga banyak memberikan
penjelasan memahami dan menghuraikan konsep pengurusan bilik darjah, cara
menguruskan bilik darja, jenis-jenis bilik darjah dan strategi pengurusan bilik
darjah.
Pengurusan
bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri
peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah,
dan hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik
darjah lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru henldaklah
mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik,
pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya
tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan
persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk
mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat, dan positif untuk
menggalakkan pembelajaran.
Selain
itu, Richards (1990) telah menyakan bahawa organisasi dan kawalan guru ke atas
tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya
pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Alberto & Troutman (1986)
berpendapat kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran,
peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk
pembelajaran. Menurut Sanford J., Emmer E. & Clemments B.), pengurusan
bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya
kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang
perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama
dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.
Pengurusan
yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,
interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matIamat yang ingin dicapai
menjadi kenyataan, seorang guru hendaklah mengetahui dan memahami
prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Hall (2000) berpendapat pengurusan
bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses
orientasi penyelenggaraan. Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek
memotivasikan pelajar untuk belajar. Sama ada sedar atau tidak, gaya
kepirnpinan guru daIam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim
dan suasana persekitaran bilik darjah.
Prinsip
yang pertama yang ditekankan adalah hubungan baik antara guru dengan pelajar.
Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bilik darjah
berkongsi matlamat yang sama daIam proses pengajaran dan pembelajaran, maka
kedua-dua belah pihak perlulah bekerjasama. Prinsip kedua adalah kepercayaan
dan sikap optimis guru. Guru sebagai pengurus perlu yakin dan percaya akan
keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan
sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.
Prinsip ketiga
pula adalah bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. Kerjasama antara
guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang cekap dan
berkesan. Oleh itu, untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk
pelajar yang selalu membuat masalah, guru seharusnya bersikap positif terhadap
semua pelajar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian, dan
bukannya disisihkan atau tidak dipedulikan. Tunjukkan kepada mereka bahawa
sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka
sedar bahawa guru mengambil berat terhadap mereka, mereka akan Iebih bersifat
terbuka, mudah berkongsi masalah dan sedia mengubah perlakuan mereka yang
negatif samada dari sudut pengurusan disekoIah atau dimana-mana organisasi,
terdapat dua istilah iaitu langkah 'corrective~ (memperbaiki) dan ‘preventive’
(mencegah).
Intihanya,
pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh guru
untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu
keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Bab ini dapat mengetahui sejauh mana
keberkesanan peranan guru dalam mengurus bilik darjah, ciri-ciri guru guru
berkesan dan persekitaran bilik darjah serta bahan bantu mengajar dalam bilik
darjah. Oleh itu, guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya
apabila mengurus bilik darjah dalam semua peringkat pengajaran.
No comments:
Post a Comment