Friday, May 17, 2019

TOPIK 8 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

8.1 UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH
Berubah-ubah mengikut perkembangan idea pendidikan dari semasa ke semasa. Masa kiniDitafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Dilengkapi dengankemudahan seperti kerusi dan meja yang di susun mengikut kehendak aktiviti pengajarandan pembelajaran.

 KONSEP BILIK DARJAH
Diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antaranya Bilik Darjah Tradisi, Bilik Darjah KBSR dan KBSM, Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas serta Bilik Darjah Terbuka.

·         Bilik Darjah Tradisi: Susunan kerusi dan meja. Murid yang mempunyaimasalah(fizikal tubuh badan,penglihatan atau pendengaran) Di susun berpusatkan guru.Aktiviti murid berkumpulan jarang dilakukan

·         Bilik Darjah KBSR: Susunan kerusi dan meja mengikut kaedah berkumpulan-bakatdan kebolehan Strategi pengajaran berpusatkan murid.Banyak interaksi berlaku.Menggunakan alat bantu mengajar. Ruang pembelajaran disediakan. Murid bergerak aktif.

·         Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas: Dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan. Susunankerusi dan meja diubahsuai untuk kerja amali. Sudut bilik dilengkapi perabot dan almariuntuk menyimpan peralatan. Kemudahan tambahan seperti sinki dan paip air.

·         Bilik Darjah Terbuka: Open Educational and The American School, R.S. Barth; “ konsep pendidikan terbuka sebagai satu pendekatan pengajaran-pembelajaran, ruang-ruangpembelajaran bahan-bahan pelajaran serta penglibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran.”





ASPEK FIZIKAL BILIK DARJAH
1.      KEBERSIHAN
 Persekitaran yang bersih contoh lantai tiadasampah, tingkap tiada habuk dan tong sampah tidak dibiarkan penuh. Pakaian murid jugaperlu bersih dan kemas.

2.       KESELAMATAN
Mempuyai pelan keselamatan kebakaran Semuaalatan dan bahan di dalam bilik darjah perlu selamat digunakan. Persekitaran bilik darjahtidak mendatangkan bahaya hingga melibatkan kemalangan.

3.      PENGGUNAAN KEMUDAHAN
Kemudahan yang disediakan peelu digunakan dengan baik tanpa membazir. Guru juga perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendali bilik darjah dengan mudah. Ruang yang kerap digunakan sepatutnya tidak mempunyai sebarang bentuk halangan dan mudah dilalui. Pelajar juga perlu berada di dalam kedudukan yang selesa di mana mereka boleh melihat guru ataupun sebarang persembahan pengajaran oleh guru tanpa perlu berpaling ataupun bergerak ke mana-mana. Bahan yang kerap digunakan di dalam bilik darjah seperti buku rujukan dan kad kebenaran keluar bilik darjah sepatutnya ditempatkan di tempat yang mudah diambil apabila diperlukan.  Selain daripada itu, perhiasan yang tidak keterlaluan di dalam bilik darjah juga perlu difikirkan oleh guru untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah dan seterusnya meningkatkan motivasi dalaman guru dan pelajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini. Ruang ini bolehlah dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar pelajar merasa selesa dan tenang. Marsh (2004) turut memberikan idea yang sama dengan Kronowitz. Marsh (2004) mengatakan bahawa tindakan guru meletakkan tumbuhan ataupun binatang peliharaan seperti ikan atau burung di dalam bilik darjah akan membantu pelajar membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka melalui tugas mereka dalam menguruskan tumbuhan ataupun binatang peliharaan tersebut. Glenn (2001) menegaskan bahawa environmen bilik darjah yang ceria dan gembira akan mendorong ke arah pembelajaran yang lebih memberangsangkan.



   

8.2 INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

KONSEP INTERAKSI
·         Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara   sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.

KONSEP BILIK DARJAH
·         Tempat atau ruangan pengajaran dan pembelajaran berlaku.

8.2.1 JENIS INTERAKSI BERCORAK LISAN
        i.            Interaksi sehala atau tradisional
      ii.            Interaksi dua hala antara guru dan murid
    iii.            Interaksi dua hala antara murid dan murid
    iv.            Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
      v.            Interaksi komputer

JENIS INTERAKSI BERCORAK LISAN

        i.            Interaksi sehala atau interaksi tradisional
Interaksi bilik darjah menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas.
Ciri-ciri:
·         Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
·         Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
·         Murid tidak terlibat dalam P&P secara aktif.







      ii.            Interaksi dua hala antara murid dan guru
Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan @ kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
Ciri-ciri:
·         Aktiviti bercorak aktif.
·         Perhubungan guru dan pelajar  menjadi semakin rapat.
·         Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat.

    iii.            Interaksi dua hala antara murid dengan murid
Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, lakonan, sumbangsara sebagai aktiviti dalam P&P.
Ciri-ciri:
·         Aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik.
·         Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
·         Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.
·         Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.

    iv.            Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
Ciri-ciri:
·         Komunikasi berkesan berlaku
·         Penyertaan aktif murid dalam P&P
·         Suasana yang kondusif untuk mengendalikan P&P










8.2.2 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas:

Susunan bilik darjah:
        i.            Kedudukan meja dan kerusi
Tiga jenis susunan meja dan kerusi yang dicadangkan
·         Susunan Tradisi
·         Susunan Horse Shoe
·         Susunan Madular

      ii.            Keadaan emosi bilik darjah
·         Suara guru yang jelas
·         Sikap guru yang positif

    iii.            Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai:
·         Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai)
·         Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai)
·         Gaya Laissez Faire – Kebebasan penuh diberikan kepada pelajar (tidak sesuai)

    iv.            Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran:
·         Perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan lain-lain.

Guna alat bantu mengajar berteknologi:
·         Slaid, pita video, rakaman dan lain-lain
·         Mudahkan proses p&p
·         Diminati oleh pelajar

Lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah.
·         Sesi bimbingan - guru sebagai kaunselor

Sikap guru yang baik
·         Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan dan peluang untuk bekerja sendiri





Penggunaan kaedah kumpulan:
·         Pelajar berfikir, merancang, melaksanakan dan menilai kerja dengan semangat gotong royong.
·         Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
·         Semua pelajar boleh terlibat dan bergerak balas secara cergas.

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan:
Terbahagi kepada 3:
·         Suasana fizikal
·         Suasana sosial
·         Suasana emosi
            Guru juga perlu membina dan menjaga hubungan baik dengan pelajar. Dalam menguruskan pelajar, guru perlu bersabar dan banyak bertolak ansur untuk memenangi hati pelajar agar pelajar akan menghormati guru sebagai pendidik mereka. Barbetta (2005) menyenaraikan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh guru pelatih dalam mengendalikan tingkah laku pelajarnya. Beliau ada menegaskan bahawa pujian dari guru merupakan satu kaedah yang bernilai dan berkesan untuk membantu pelajar mengubah tingkah laku mereka seterusnya meningkatkan proses pembelajaran di bilik darjah. Menurut Model (2005) pula, pelajar yang tidak pernah dipuji tentang tingkah laku mereka yang positif, tidak akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengukir kejayaan di dalam pelajarannya. Spitall (2005) bersetuju dengan pandangan oleh Barbetta (2005) dan Model (2005) dengan menasihatkan guru pelatih agar mengelak daripada menggunakan sindiran ketika menasihati pelajar yang bermasalah. Jika seorang guru menggunakan sindiran untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh pelajarnya akan membuahkan hasil yang tidak diingini. Sindiran ini akan lebih mendorong pelajar untuk meneruskan kesilapan mereka sebagai balasan kepada sindiran guru terhadap perbuatannya.  Guru perlu akur dengan kenyataan ini kerana tanpa peneguhan, sikap positif yang dilakukan oleh seorang pelajar akan dianggap seperti tidak mendatangkan apa-apa faedah terhadap pelajar yang melakukannya. Menurut Glenn (2001), guru perlu menunjukkan contoh sikap yang baik kepada pelajar seperti mengambil berat, bertanggungjawab dan hormat-menghormati agar pelajar turut bertindak seperti apa yang guru mereka pamerkan. Di samping persediaan fizikal, persediaan guru pelatih untuk mengurus subjek yang diajar juga memerlukan perhatian yang sepenuhnya agar tugas guru menjadi lebih lancar dan sempurna.





Guru pelatih sangat perlu mengetahui dan memahirkan diri mereka dengan subjek yang akan diajar. Kandungan pelajaran juga perlulah disampaikan secara tersusun dan berperingkat-peringkat. Watson (1998) menasihatkan agar guru-guru pelatih membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan sesi pengajaran di dalam bilik darjah agar guru mengetahui apa yang akan diajar kepada pelajar. Guru pelatih sangat perlu memahirkan diri dengan segala isi kandungan subjeknya agar dapat mengajar dengan yakin seterusnya melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pelajar juga akan berasa lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka melihat guru mereka sebagai seorang yang berpengetahuan yang mampan untuk mengajar mereka tentang subjek itu. Sebagai contoh, seorang guru pelatih yang ingin mengajar subjek Matematik perlu mahir dengan semua rumus dan teori yang berkaitan dengan tajuk yang diajar agar guru dapat menyelesaikan apa jua bentuk permasalahan yang dikemukan oleh pelajar.
Pelajar pintar akan cuba menguji guru dengan mengajukan pelbagai soalan untuk melihat setakat manakah kebolehan seorang guru untuk mengajar mereka. Selain itu, guru pelatih perlu memahirkan diri dalam menguruskan tugasan, latihan dan ujian yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk mengukuhkan lagi apa yang telah diajar di bilik darjah. Guskey (2003) mengatakan bahawa penilaian merupakan satu aset penting yang dapat membantu guru meningkatkan proses pembelajaran pelajar. Chappuis dan Stiggins (2002) turut mengatakan bahawa penglibatan pelajar dalam ujian yang disediakan oleh guru mereka akan dapat menguruskan pembelajaran kendiri mereka seterusnya memahami bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memantapkan lagi pembelajaran mereka.
Untuk melengkapkan kemahiran seorang guru, mereka perlu menitikberatkan ketrampilan penyampaian ketika memulakan sesi pengajaran di bilik darjah. Kemahiran set induksi merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seorang guru pelatih dalam menarik minat serta merangsang pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan. Set induksi yang dijalankan ini perlulah menarik, bersesuaian dengan tahap pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran serta pengetahuan sedia ada pelajar. Kesannya, pelajar akan bersedia, aktif dan seronok dalam meneruskan aktiviti pembelajaran mereka.
Kemahiran menyoal meliputi teknik mengemukakan soalan kepada pelajar dan teknik penerimaan jawapan pelajar. Kemahiran menyoal boleh digunakan di setiap peringkat pengajaran; set induksi, perkembangan dan penutup pengajaran. Aras soalan yang dikemukakan perlulah bersesuaian mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
Perkataan dan istilah yang digunakan juga mestilah ringkas, jelas, tepat, mudah difahami dan daripada topik yang telah dipelajari di bilik darjah. Apabila mengemukakan soalan, guru perlu memastikan pelajar dalam keadaan bersedia dan soalan tersebut perlu ditujukan kepada seluruh bilik darjah dan bukannya hanya tertumpu kepada pelajarpelajar tertentu sahaja. Bagi penerimaan jawapan pula, guru pelatih perlulah memberikan pujian jika pelajar berjaya memberikan jawapan yang betul dan meminta pelajar lain membantu jika pelajar tersebut gagal memberikan jawapan yang tepat. Penerimaan kepada jawapan yang diberikan secara beramai-ramai seharunya dielakkan atau dipandupantau dengan cermat.

Kemahiran pelbagai rangsangan merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan teknik penyampaian dalam menarik minat dan perhatian pelajar. Kemahiran ini meliputi kemahiran mengubah tingkah laku, suara dan stail pengajaran guru. Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan berkaitan dengan langkahlangkah penyampaian isi pengajaran. Guru pelatih yang mampu menguasai kemahiran ini akan berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, menarik dan menyeronokkan.
Kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh seorang guru pelatih. BBM yang digunakan ini mestilah mampu memberikan rangsangan dan minat kepada pelajar di samping mencetuskan idea pelajar berkenaan topik yang diajar oleh guru pelatih. Ia juga mestilah bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan pelajaran, digunakan pada waktu yang sesuai dan maklumat yang ingin disampaikan melalui BBM tersebut mestilah jelas, ringkas, padat dan jitu. Kemahiran menerang merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, konsep ataupun isi kandungan kepada pelajar dan kemahiran ini biasanya digunakan pada peringkat perkembangan proses pengajaran. Prinsip bagi kemahiran ini ialah penerangan yang diberikan perlulah sesuai, menggunakan bahasa yang sesuai, menggunakan BBM yang diuruskan secara berkesan dan berdasarkan pengetahuan pelajar.
Guru juga mestilah menggalakkan pelajar untuk bertanya agar pelajar dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan cepat, mudah dan tepat Kemahiran  pengukuhan pula digunakan oleh guru bagi mengubah tingkah laku pelajarnya. Bentuk pengukuhan perlulah berubah dari semasa ke semasa (secara lisan, gerak isyarat atau dampingan), bersesuaian dengan tingkah laku yang dilakukan oleh pelajar tetapi guru perlulah mengelak daripada menggunakan pengukuhan negatif. Kesan daripada penggunaan pengukuhan yang bersesuaian, pelajar akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk mewujudkan tingkah laku yang positif sekaligus melahirkan satu hubungan yang mesra dalam proses pengajaran dan pembelajaran.












8.3 MENGURUS IKLIM PEMBELAJARAN POSITIF
Pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar akan dapat membantu mengeratkan lagi hubungan dengan pelajar sekaligus dapat membantu guru pelatih mengawal bilik darjahnya dengan baik dan cekap. Kaedah ini akan memudahkan guru untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajarnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku ataupun ketika berurusan di luar bilik darjah. Pelajar akan berasa bangga dan dihargai apabila mereka dipanggil oleh guru. Perkara ini amat jelas kepentingannya dan turut ditegaskan oleh Bartlett (2004), beliau menyatakan seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan guru.  Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih teknik yang paling sesuai untuk mendidik dan seterusnya mendorong mereka untuk terus berusaha ke arah peningkatan kecemerlangan akademik serta sahsiah diri mereka.
Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada tingkah laku pelajar di bilik darjah yang diharapkan oleh guru pelatih. Jelaslah untuk mengurus bilik darjah dengan baik, guru perlu menetapkan peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru mengambil kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Kontrak yang ditandatangani ini akan dirujuk sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Robertson (1989) menyatakan guru perlu yakin, tegas dan mengetahui tentang haknya untuk bertindak dalam menguruskan tingkah laku pelajar di bilik darjah. Oleh itu, guru perlu tegas dan konsisten dengan apa yang telah ditetapkan dalam prosedur peraturan tanpa ada pengecualian kepada mana-mana pelajar. Guru juga perlu menjelaskan harapannya terhadap pelajar dan perkara-perkara yang tidak disukai dilakukan oleh pelajar.

KESIMPULAN
            Strategi pengurusn bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam menjamin kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru haruslah bijak dalam mengatur unsur-unsur fizikal dalam bilik darjah. Ini bukan sahaja penting untuk menjamin iklim pembelajaran yang positif dalam bilik darjah tetapi juga untuk memudahkan interaksi antara guru dan pelajar dan interaksi antara pelajar dan pelajar. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran sesuai dengan keperluan semasa.





RUJUKAN
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995.
Ieda Iedah. (2011). PENGURUSAN SUMBER
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment