Friday, May 17, 2019

TOPIK 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Bab 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

1.      PENDAHULUAN

Menurut Noradanisha (2012) secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagaisatu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Ini bermakna sesuatutugas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pengurusan. Kerana pengurusanmerupakan satu seni atau budaya yang tersususn dalam melaksnakan bidang tugasindividu sesbuah organisasi.
Menurut Kolaborasi Ilmu (2012) pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepadarangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Pembelajaran ialahsuatu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku.Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikapdan nilai yang baru.
Pengurusan alam pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalammemastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berlaku dengan berkesan dan berkualiti berdasarkan masa yang ditetapkan.

2.      ISI PENTING
Ciri-ciri guru dalam menguruskan pembelajaran di bilik darjah memainkan peranan penting supaya matlamat pembinaan modal insan berkualiti dapat dicapai. Antara ciri-ciri tersebut ialah:-
·         Berkebolehan dalam memahami pengajaran
·         Bijak dalam menentukan Kesesuaian Aras Pengajaran
·         Kaya ilmu pengetahuan
·         Mempunyai kemahiran mengikut perkembangan semasa
·         Kaedah pengurusan alam pembelajaran yang berkesan
·         Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
v  Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis, iaitu strategi pemusatan kepada guru, murid, atau bahan.
v  Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung kepada situasi  pelajar sama ada berada pada tahap awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah atau menengah dan gaya pembelajaran mereka.
v  Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.

·         Mempelbagaikan kaedah pengajaran
v  Antara kaedah pengajaran yang biasa diamalkan adalah seperti kaedah kumpulan, koperatif, inkuiri, perbincangan, sosiodrama, kuliah,  perbincangan dan sebagainya.
v  Guru perlu mendalami pelbagai kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajaran.
v  Walaupon guru tidak dapat memenuhi kehendak semua pelajar, namun dengan mempelbagaikan kaedah mengajar, guru akan dapat mengurangkan kebosanan pelajar.

·         Merancang variasi penyampaian

v  Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid.
v  Guru sewajarnya menggunakan semua pancaindera seperti bertepuk tangan, fokus pandangan, gerak kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai.
v  Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan, ia mampu menarik perhatian pelajar-pelajar daripada kebosanan mempelajari mata  pelajaran tersebut

Peranan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran
v  Keupayaan kognitif harus diperkaya melalui pelbagai teknik pengajaran.
v  Fungsi kognitif seperti persepsi, memori bahasa dan pemikiran berkomunikasi, penaakulan, membuat keputusan dan aspekkecerdasan, emosi dan kesedaran adalah antara topik yang menyentuh pembelajaran.
v  Sekiranya guru memahami dan mengaplikasikan proses kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran, maka pelajar dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran.
v  Beberapa komponen telah dikenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu motivasi guru, ilmu pengetahuan subjek yangdiajar, kesediaan pelajar dari segi mental dan sosioemosi serta bahan bantu mengajar yang berkesan.

RUMUSAN
Setelah mempelajari tajuk ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa alam pembelajaran merupakan alam yang membantu seseorang mengenal erti kehidupanserta mengenal pasti baik dan buruk sesuatu perkara. Setiap manusia perlu mengalami proses pembelajaran yang sempurna bermula umur lima tahun dan seterusnya.
Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan kepada para guru supayaminat pelajar dapat dipupuk dan sekaligus meningkatkan prestasi pelajar-pelajartersebut.Justeru tugas guru sebagai seorang pengurus di dalam kelas adalah sangat penting. Hal ini kerana, kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurusakan dapat mewujudkan suasana yang kondusif, disiplin kelas juga dalam keadaanyang baik dan keadaan bilik darjah yang selesa. Pengurusan alam pembelajaran yang baik dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa yang sekaligus dapatmeningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

RUJUKAN
 NORFAZILA BINTI ABDUL MALIK(2013),
PENERAPAN CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA LATIHAN MENGAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA UTHM,
 RAEDAH BINTI MD AMIN (2013),
PENGURUSAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON BANDAR DAERAH KOTATINGGI 
, Universiti TeknologiMalaysia.http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdfSuppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Syukor, Ramlah Jantan,Rosinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2012),
PEMBELAJARAN dan PERKEMBANGANPELAJAR
, Herald Printing Sdn. Bhd, Selangor.





No comments:

Post a Comment