TAJUK
4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH
1. PENDAHULUAN
Menurut
dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada
bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah
seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu
mempunyai cara dan seni sendiri. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan
memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai
orentasi visi dan misi ke depan. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk
mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah
lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di
sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid,
penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, guru
serta murid.
2. ISI
PENTING
a) Gaya kepimpinan autokratik
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih
mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis
ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan
yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin
antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan
terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat
orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima.
Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong
namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
b) Gaya
kepimpinan demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling
berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat
lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila
membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar
setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan
pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha
memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih
bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat
kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.
c) Gaya
kepimpinan kontegensi
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya
pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan
bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah
berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang
tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai
situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza:
struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya,
daripada perbincangan diatas kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu
itu mempengaruhi anggorta-anggota lain dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan
dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang
sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi
mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya,
pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik
kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa
kepimpinan yang berkesan.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment