Pendahuluan
: Sekolah
didefinisikan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan manakala
persekitaran membawa maksud kawasan di sesuatu tempat. Oleh itu, persekitaran
sekolah bermaksud kawasan disekeliling sesuatu tempat di mana masyarakat yang
tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.
Rumusan : Hubungan
yang terjalin di antara sekolah dengan masyarakat, ibu bapa dan guru
sesungguhnya dapat memberikan manfaat kepada sekolah itu sendiri. Kewujudan
hubungan ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik di antara setiap
individu untuk kebaikan bersama.
Selain itu bab ini juga akan berkaitan dengan hubungan sekolah dengan
masyarakat, guru dan ibu bapa, serta isu-isu pendidikan semasa, pendidikan dan
globallisasi. Bab ini juga akan melakukan perbincangan, pengetahuan dan dapat
mengaitkan hubungan sekolah dengan masyarakat, isu pendidikan semasa dan
mengaitkan pendidikan globalisasi.
Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekolah juga
merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan
pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Menurut
Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling
(sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau
sesuatu).
Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi
fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran
sekolah merupakan kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat
yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk
mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang
dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta
memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK).
Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu
peranan PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dengan ibu bapa. Tindakan
PIBG membela nasib guru ialah bersemangat dan selesa ketika bertugas. Hubungan
yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
Contohnya, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak
sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
Pendek kata, pengurusan sekolah dan persekitaran mempengaruhi
pembelajaran pelajar. Hal ini kerana pengurusan sekolah yang baik akan
melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum.
Sebagai contoh, pengurusan sekolah seperti hubungan antara guru dan PIBG,
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga suasana persekitaran
sekolah yang selesa dan mesra boleh memberikan perubahan yang lebih baik kepada
sekolah. Pengurusan sekolah dan persekitaran yang baik sebenarnya dapat
memberikan peluang dan ruang kepada para pelajar untuk menuntut ilmu dengan
selesa. Oleh itu, pengurusan sekolah dan persekitaran dianggap sebagai agen
perubahan sosiolisasi dan budaya ilmu pelajar.
BAHAN RUJUKAN
1.
Abdul Malek
Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
No comments:
Post a Comment