BAB 1 : Sosiologi dan Pembelajaran
Pengertian Sosiologi
Tujuan utama sosiologi ialah untuk
mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan
utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk
kehidupan sosial mereka.
Perspektif Sosiologi
Tumpuan perspektif sosiologi adalah
pada tingkah laku, masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.
Terbahagi kepada dua :
Mikro : Berkait rapat dengan Teori Interaksionisme Simbolik (kajian temu
bual)
Makro : Berkait rapat dengan Teori Fungsionalisme & Teori Konflik
(soalan kaji selidik / questionnaire)
PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI
PENDIDIKAN
Definisi Sosiologi
Sosiologi dapat didefinisikan
sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander
Zanden 1996). Manakala menurut Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan
kajian sainstifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi
masyarakat, berbentuk organisasi dan lain-lain.
TEORI FUNGSIONALISME
*Mengkaji perlakuan sosial atau
institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan dan perkembangan
masyarakat.Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan
fungsi tersendiri.Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan
perjalanan masyarakat.
TEORI KONFLIK
*Dipelopori oleh Karl Marx dan
diikuti oleh Max Weber.Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik
dan perubahan.Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza, kelas sosial
yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan.Konflik dalam
masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial.Faktor ekonomi seperti tanah,
modal, industri dan perdagangan merupakan asas kepada pembentukan masyarakat.
TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
*Dipelopori oleh George Herbert Mead
(1863-1931).Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterprestasi dan
bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.Mengkaji makna
simbolik atau makna tersirat secara subjektif.Melihat bagaimana makna yang
simbolik digunakan dalam interaksi manusia.Kepentingan memahami simbolik
(perkataan, perlakuan, objek, bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan
hubungan bertambah mesra.Makna adalah sesuatu yang dirundingkanInteraksi sosial
amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar.Jalinan interaksi
dan aksi akan membentuk sebuah kumpulan masyarakat.
PENDIDIKAN
John Dewey : satu proses perkembangan individu pendidikan merupakan usaha
mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang
ada padanya supaya dapat hidup dengan lebih berguna.
Syed Muhammad Qutb : Proses membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang.Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek,
fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.Tidak mustahil sekiranya
terdapat kelainan antara tafsiran konsep 'pendidikan' dari setiap individu.Dari
segi proses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan
kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan
kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
PERSPEKTIF PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Akar psikologi melihat pendidikan
sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan
potensinya dan membentuk sahsiahnya.Setiap individu mempunyai bakat dan gaya
pembelajarannya yang tersendiri.Dengan itu, proses pendidikan ialah proses
memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.
RUJUKAN
Gasong, D. (2018). Buku Belajar dan Pembelajaran.
Pendidikn Deepublish.
Karsidi, D. R. (2005). Sosiologi Pendidikan. 6-7.
Toenlioe, D. A. (2016). Sosiologi Pendidikan.
ADTANA.
No comments:
Post a Comment