Friday, May 17, 2019

TOPIK 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pengenalan

Budaya didefiniskan ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia dari persekitaran sosialnya (Amir 2002). Selain itu, budaya juga ialah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperoleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871). budaya juga proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990). Manakala Pelbagai Budaya didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku uang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan meghargai perbezaan sosiobudaya dan menggalakkkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.


KESEDARAN PELBAGAI BUDAYA PADA GURU

Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama.
v  Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan ini, guru mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuandan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah.

Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi kefahaman konsep.

v  Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri dari pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Guru perlu menggalalkkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan komunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lahi pertuturan mereka.

Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain

v  Pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlu wujud bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Aktiviti perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidang langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan.

Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

v  Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar.

Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah

v  Perancangan pengajaran dam pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan agar dapat megelakkan prejedis antara murid yang berbeza budaya.

KESIMPULAN

Kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar darimasyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Dengan ini, hubungan yang lebih harmoni dapat diwujudkan semasa berinteraksi. Strategi ini seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya yang ada di negara ini supaya mtlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam masyarakatnya serta terdapat pula persamaan-persamaan dalam budaya berbagai dapat dicapai. Di samping itu, dapat meningkatkan interaksi budaya di dalam bilik darjah dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

RUJUKAN






No comments:

Post a Comment