Friday, May 17, 2019

TOPIK 12 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN

Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah ynag diambil untuk memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU). Maka program-program pendidikan yang digunakan merupkan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial bagi individu-individu yang berkeperliuan khas.


KONSEP PEMULIHAN
Konsep ini mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak kronik”. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan pelajar lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Hal ini mewujudkan program pemulihan di mana ianya merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Maka guru berperanan menggunkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid serta membentuk personaliti yang baik dalam diri setiap orang murid.




CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN

v  Rendah Diri
v  Pasif
v  Menggangu Rakan
v  Kerap Tidak Hadir Sekolah
v  Lemah Pemahaman
v  Malas
v  Cepat Bosan.


KONSEP PENGAYAAN

Pengayaan didefinasikan dengan memberi aktiviti kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Konsep pengayaan melibatkan murid-murid yang pencapaian melebihi sederhana dalam menguasai kemahiran asas. Hal ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas di dalam atau luar kelas yang bercorakkan belajar sendiri dan memerlukan bimbingan guru pada tahap minima. Ini kerana membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehanmereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membanu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat.


JENIS PENGAYAAN

MENDATAR
MENEGAK
Aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan
Akrtiviti berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.






BEKEPERLUAN KHAS
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kumpulan murid berkeperluan khas ini sudah pasti mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran ini memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang biasa.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajarandan pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah didalam kelas. Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai,golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.Saranan KPM kepada guru untuk melaksanakan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang memberi kesan positif kepada murid yang cenderung dalam ketegori pelbagai upaya ini. Natijahnya, setiap murid memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri. Adalah penting bagi seseorang guru untuk memahami perkara tersebut dan berkeupayaanuntuk mempelbagaikan pendekatan yang berbeza untuk menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran secara holistik menerusi PelanPembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini selari dengan salah satu aspirasiTransformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memacu negara pada masa hadapan.


RUJUKAN

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

.








No comments:

Post a Comment