TAJUK 9:
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1.
PENGENALAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur
dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau
tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh
ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku
bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
2.
ISI PENTING
Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan
ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam
masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui
bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia
yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu
bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek,
jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada
masyarakat. Disiplin adalah adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan
kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang
diingini.
Guru sebagai guru disiplin. Walaupun seseorang guru itu tidak menggalas
jawatan sebagai seorang guru disiplin mereka juga hendaklah mengambil
tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah untuk sentiasa berada
di dalam keadaan yang baik dan terkawal. Semua guru memainkan peranan dan
tanggungjawab mereka bukan sahaja setakat mengurus atau mengajar tetapi juga
mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui
pembentukan disiplin yang baik. Kokurikulum meningkatkan tahap dan mutu
disiplin pelajar. Aktiviti kokurikulum ini
bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat
tetapi juga dapat mengawal tingkah laku dan disiplin mereka. Kokurikulum ini
juga dapat mengelakkan para pelajar supaya tidak terjerumus dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3.
RUMUSAN
Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal
diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan
bahawa kepatuhan kepada peraturan
sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan
disiplin diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian
besar pelajar berpendapat disiplin
sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah
bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah
disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat
peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa
tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah
adalah sesuai dan tidak mengongkong.
Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara
paksaan adalah lebih berkesan kepada
pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dipaksa melakukan
perkara yang mereka tidak suka. Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa
hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh
berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan
sekolah walaupun peraturan itu tidak
rasional.
Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri
lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai
pelajar yang tidak bersetuju memakai
pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan
wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri
pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan
kerelaan diri sendiri. Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik
pelajar selepas ibu bapa. Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar
dan guru dapat melahirkan disiplin yang
baik. Di samping itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni
setiap kali selepas sesi pembelajaran
sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak
bersetuju bahawa kurangnya minat dalam
belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai
banyak faedah kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin
pelajar. Oleh itu, pelajar bersedia
memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab.
Guru-guru juga akan mengambil tindakan apabila pelajar tidak menghadiri
aktiviti kokurikulum untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara
yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga berpendapat perhimpunan
mingguan sekolah adalah salah satu cara untuk membentuk disiplin pelajar.
Pengawas akan mengambil tindakan ke atas pelajarpelajar yang melanggar
peraturan sekolah. Dan seterusnya guru disiplin akan menggunakan rotan
sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Ada juga pelajar bersetuju mengimplikasi
peraturan menggantung pelajar daripada persekolahan apabila mereka didapati
bersalah melanggar disiplin dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.
4.
RUJUKAN
Siti Zahirah. (2013). Pengurusan
Tingkah Laku. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/skke1/pengurusan-tingkah-laku-18530621 Umagul L.
(2015). Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/umagul/pengurusan-tingkah-laku-52740259 Shahrul
Azniza. (2012). Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/cad092448/slide-show-pengurusan-tingkah-laku Herry
Hazz. (2013). Definisi Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada
https://www.scribd.com/document/169272997/Definisi-Pengurusan-Tingkah-Laku
No comments:
Post a Comment