Friday, May 17, 2019

TOPIK 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


PENGENALAN
Pengurusan ialah aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988). Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.

ISI PENTING
Terdapat tiga cara yang berkesan dalam pengurusan dan pembelajaran. Antaranya adalah keperluan fisiologi, pengurusan masa dan juga iklim bilik darjah. Bagi keperluan fisiologi, kita perlu mengetahui keperluan fisiologi pelajar terlebih dahulu. Sebagai contohnya, adalah dari segi tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku dan juga emosi seseorang pelajar itu. Selain itu juga, cara yang berkesan adalah membolehkan pelaja rmenjalankan pembelajaran dengan masa yang sama, jadual waktu perlu seimbang dan juga tidak melakukan pembaziran masa dalam pembelajaran. Akhirnya, iklim bilik darjah juga menjadi salah satu dari kesannya. Dalam bilik darjah tahap pencahayaan yang cukup amatlah penting dan juga perabot yang selesa dan mencukupi menjadi pelajar-pelajar berasa selesa uttuk belajar. Di samping itu, aliran udara yang baik dan lancar dalam bilik darjah.


KESIMPULAN

Berdasarkan bab 3 iaitu Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar ini dapat memahami mengenai proses merancang dan untuk mengawal ahli-ahli organisasi untuk mencapai matlamat. Bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada strategi yang berpusatkan guru, berpusatkan bahan dan berpusatkan pelajar. Berdasarkan bab ini juga, dapat memahami mengenai pengurusan sekolah dimana sekolah merupakan satu sebuah institusi yang terdiri daripada organisasi pengurusan dan pentadbiran. Hal ini dimana, berdasarkan bab ini dapat memahami mengenai carta pentadbiran sesebuah sekolah dan juga organisasi kokurikulum. Selaini itu, bab ini juga menekankan mengenai pengurusan sumber dimana antara bilik bagi pengurusan sumber ialah pusat sumber, bilik tayang, bilik boss. Kesimpulannya, dalam bab pengurusan dan pembelajaran ini saya dapat memahami mengenai tanggungjawab pengetua, penolong kanan, guru-guru dalam memastikan keberkesanan pentadbiran dalam pengurusan bilik pembelajaran, tingkah laku, bimbingan dan penasihatan, sekolah dan persekitaran dan pengurusan kokurikulum.



RUJUKAN






No comments:

Post a Comment