Bab 14 : PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN
1.
PENDAHULUAN
Menurut Noradanisha (2012) secara
umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagaisatu seni bagi melaksanakan proses
kerja yang terancang dan dilaksanakan
secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Ini bermakna sesuatutugas
dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pengurusan. Kerana
pengurusanmerupakan satu seni atau budaya yang tersususn dalam melaksnakan
bidang tugasindividu sesbuah organisasi.
Menurut Kolaborasi Ilmu (2012)
pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepadarangsangan-rangsangan yang
membawa kepada satu perubahan. Pembelajaran ialahsuatu proses mental atau
fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku.Pembelajaran juga bermaksud
satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikapdan nilai yang baru.
Pengurusan alam pembelajaran yang
sistematik di sekolah amat penting dalammemastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas berlaku dengan berkesan dan berkualiti
berdasarkan masa yang ditetapkan.
2.
ISI PENTING
Ciri-ciri guru dalam menguruskan
pembelajaran di bilik darjah memainkan peranan penting supaya matlamat
pembinaan modal insan berkualiti dapat dicapai. Antara ciri-ciri tersebut
ialah:-
·
Berkebolehan dalam memahami pengajaran
·
Bijak dalam menentukan Kesesuaian Aras
Pengajaran
·
Kaya ilmu pengetahuan
·
Mempunyai kemahiran mengikut
perkembangan semasa
·
Kaedah pengurusan alam pembelajaran
yang berkesan
·
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
v Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
strategi pemusatan kepada guru, murid, atau bahan.
v Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung kepada situasi pelajar sama ada berada pada tahap awal
kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah atau menengah dan gaya pembelajaran
mereka.
v Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana boleh
diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.
·
Mempelbagaikan kaedah pengajaran
v Antara kaedah pengajaran yang biasa diamalkan adalah seperti kaedah
kumpulan, koperatif, inkuiri, perbincangan, sosiodrama, kuliah, perbincangan dan sebagainya.
v Guru perlu mendalami pelbagai kecenderungan kaedah pengajaran yang
disukai oleh pelajaran.
v Walaupon guru tidak dapat memenuhi kehendak semua pelajar, namun dengan
mempelbagaikan kaedah mengajar, guru akan dapat mengurangkan kebosanan pelajar.
·
Merancang variasi penyampaian
v Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat
sebagai guru semasa berhadapan dengan murid.
v Guru sewajarnya menggunakan semua pancaindera seperti bertepuk tangan,
fokus pandangan, gerak kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai.
v Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan, ia mampu menarik perhatian
pelajar-pelajar daripada kebosanan mempelajari mata pelajaran tersebut
➢ Peranan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran
v Keupayaan
kognitif harus diperkaya melalui pelbagai teknik pengajaran.
v Fungsi
kognitif seperti persepsi, memori bahasa dan
pemikiran berkomunikasi, penaakulan, membuat keputusan dan aspekkecerdasan,
emosi dan kesedaran adalah antara topik yang menyentuh pembelajaran.
v Sekiranya
guru memahami dan mengaplikasikan proses kognitif
dalam pengajaran dan pembelajaran, maka pelajar dapat menumpukan perhatian
yang sepenuhnya terhadap pengajaran.
v Beberapa
komponen telah dikenal pasti dalam pengajaran
dan pembelajaran, iaitu motivasi guru, ilmu pengetahuan subjek yangdiajar,
kesediaan pelajar dari segi mental dan sosioemosi serta bahan bantu
mengajar yang berkesan.
RUMUSAN
Setelah mempelajari tajuk ini, saya
dapat membuat kesimpulan bahawa
alam pembelajaran merupakan alam yang membantu seseorang mengenal erti kehidupanserta
mengenal pasti baik dan buruk sesuatu perkara. Setiap manusia perlu
mengalami proses pembelajaran yang sempurna bermula umur lima tahun dan seterusnya.
Pengurusan alam pembelajaran ini perlu
dititik beratkan kepada para guru supayaminat pelajar dapat dipupuk dan
sekaligus meningkatkan prestasi pelajar-pelajartersebut.Justeru tugas guru
sebagai seorang pengurus di dalam kelas adalah
sangat penting. Hal ini kerana, kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurusakan
dapat mewujudkan suasana yang kondusif, disiplin kelas juga dalam keadaanyang
baik dan keadaan bilik darjah yang selesa. Pengurusan alam pembelajaran
yang baik dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa yang sekaligus dapatmeningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
RUJUKAN
NORFAZILA BINTI ABDUL MALIK(2013),
PENERAPAN CIRI-CIRI GURU
BERKESAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEMASA LATIHAN MENGAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR
SARJANA UTHM,
Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia http://eprints.uthm.edu.my/4186/1/NORFAZILA_BINTI_ABDUL_MALIK.pdf
RAEDAH BINTI MD AMIN (2013),
PENGURUSAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON BANDAR DAERAH KOTATINGGI
, Universiti
TeknologiMalaysia.http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdfSuppiah
Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Syukor, Ramlah
Jantan,Rosinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2012),
PEMBELAJARAN dan PERKEMBANGANPELAJAR
,
Herald Printing Sdn. Bhd, Selangor.